Saturday, January 26, 2013

Teringin Part 1

Kuih Angkoo


Kuih Onde-onde

Aku teringin sangat makan kuih onde-onde dan kuih angkoo... Satu Shah Alam aku pusing cari kuih ni tapi tak jumpa. Memang lah tak jumpa bab kedai tutup sempena Hari Maulidur Rasul. G pasar malam semalam pun jumpa. Oleh kerana anak tekak aku ni mengidam sangat nak makan... aku pun tekad nak buat sendiri. Caya la Heidi nak buat kuih. Kalau apa2 yang ada hubung kait dengan tepung ni aku memang tak berapa nak suka. Apatah lagi baking dan aku tak pernah buat kek selama aku hidup di muka bumi yang indah ini. haha... Sebagai kakak, aku selalu mengunakan kuasa vektor ku untuk mengerah adik-adikku membuat kek on my behalf bila my mum suruh aku buat. 

Haaa.. lupa nak bagitau.. aku nak buat kuih onde-onde je. Heheh... kuih yang paling senang di dunia. Cara membuat kuih angkoo sangatlah complicated (bagi aku yang tak suka buat kuih + sifat pemalas). Tambahan plak kuih ni susah didapati di Shah Alam. Tapi korang bleh g Teingin part 2 untuk mendapatkan resepi kuih angkoo. 

Ok, meh la kita start buat kuih onde-onde. Ooohhh!!! Onde-onde yang aku nak buat ni berintikan kelapa. Korang bleh variasikan dengan inti keledek, gula melaka, sambal dll. Lebih inti kelapa tu aku akan buat kuih ketayap plak. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Untuk inti
250gm gula merah/ gula melaka
Kelapa parut (setengah biji kelapa)

Untuk doh
250gm tepung pulut perisa daun pandan
Perisa daun pandan
Pewarna hijau 
Kelapa parut (digaul dengan 1/2 sudu kecil garam)

Cara-cara:

Untuk inti
1. Goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan
2. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong-potong
3. Kacau sehingga gula benar-benar cair dan gaul sebati
4. Padamkan api. Inti sedia untuk digunakan

Doh
Untuk doh
1. Bancuh tepung pulut dengan air yang telah dicampur dengan perisa daun pandan dan pewarna hijau
2. Uli menjadi doh - rehatkan selama 1 jam
Doh yang telah siap diuli
- Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan tekankan sedikit di bahagian tengah
- Masukkan inti dan bulatkan kembali. Lakukan sehingga adunan habus
- Jerang air dalam periuk sehingga mendidih, masukkan bebola
Timbul sudah
- Angkat bila ia timbul. Ini menunjukkan onde-onde tadi sudah masak

Hodohnye grupanya
- Angkat dan toskan.


- Gaul dengan kelapa parut

Siap dimakan!!! Aku nye tak sempat nak ambik gambar. Masuk perut dah baru teringat nak ambik gambar. Tapi semua tu dah terlambat. Haha


Banyak kesilapan yang aku lakukan ketika membuat kuih onde-onde ni antaranya adalah: 

- Aku habiskan 1 paket tepung pulut (500gm) dengan confident dan pasti doh aku akan menjadi (rasa diri ni 
  (pro). Alih-alih, doh aku lecak. Terpaksa aku turun dari rumah aku yang berada di tingkat 4 ke Speedmart 
  untuk membeli sepaket lagi tepung pulut. Exercise sebentar. Hehe


- Sepatutnya pewarna dan perisa pandan dicampur dengan air terlebih dahulu sebelum menguli doh supaya 
  pewarna hijau sebati dengan tepung. Aku nye doh bertompok-tompok dengan warna hijau. Jenuh tangan ni 
  menguli supaya warna hijau tu serata. Exercise untuk kali ke-2.

Hancur!!!
- Masa aku buat kuih ni, aku baru lepas makan malam. Perut pun dah kenyang dan tak teringin nak makan                            
  kuih. So, lepas uli doh dan masukkan inti...aku letak lah bebola dalam peti sejuk. Esoknye bila aku pegang 
  bebola tu, bebola tu terus pecah... maka hancur punah bebola yang comel lote tu. 

Ni 1 attempt aku, banyak lagi yang aku pelajari and I love to learn from mistakes. Tulah, tadi kata kuih paling senang di dunia...sekarang ko baru tau senang ke tak. The moral of story: Jangan belagak... haha

Merantau

Masa datang Shah Alam , 3 bag je. Balik dari Shah Alam, korang kira la ada berapa kotak. huhu

Harap-harap ni kali terakhir aku berhijrah. Penat kot... Cam orang normad plak aku rasa. Lepas SPM, paling lama aku duk kat Sarawak pun 6 bulan je. Tu pun selepas melalui pelbagai rintangan dan dugaan. (Banyak la ko punya rintangan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih la ko bagi)

Lepas SPM, aku further study kat 'OVERSEA'. Kat Labuan je pun. Haha...

Lepas matrik, ingatkan la dapat la IPTA kat Sarawak atau Sabah. Tapi nun kat Terengganu orang campak aku selama 4 tahun. Apa-apa pun aku bahagia duduk kat Terengganu. Seronok sangat duduk kat sana. Kalau bleh aku nak jadikan Terengganu tu kampung ke-2 aku.

Lepas konvo, tak sampai 3 bulan aku duduk Sarawak... aku terbang plak ke Kuantan dan kerja selama 1 tahun setengah kt situ.

06 Jul 2011 ketibaan ku di Shah Alam


Lepas 1 tahun setengah tu aku pun balik ke Sarawak... Weeehhooo!!! Tapi aku sempat berada kat Sarawak selama 6 bulan je sebelum melanjutkan pelajaran (ACCA) ku di Uitm Shah Alam. Setahun setengah kat sini, aku rasa cukup la... February ni aku balik... Yahhooo!!!


Kalau sekali lagi aku kena berhijrah, aku akan pastikan aku ke 'OVERSEA' plak. (Labuan kira oversea jugak kan... haha)

Teringin Part 2

Bagi aku kuih Angkoo ni sangat la complicated. Maybe aku xpernah cuba kot. Lagipun banyak process yang perlu dilakukan untuk melakukan kuih Angkoo ni...nak kena stim, rebus dan goreng. Nak membuatnye punye la payah, tapi sekali aku telan je dah abis sebiji.

Tak perlu la kita memanjangkan cerita, moh la kita mula membuat kuih kura-kura ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Untuk doh
 300gm tepung pulut
150gm keledek rebus-dilecek
1 sudu besar gula halus
1 sudu minyak masak
Sedikit pewarna merah
air untuk membuat doh

Untuk inti
300gm kacang hijau
125gm gula halus
3 sudu minyak masak

Cara-cara:

Untuk doh
1. Satukan tepung pulut, gula halus dan sedikit air dalam mangkuk adunan. Masukkan keledek, minyak dan        
    pewarna.
2. Gaulkan sebati dan bahagikan adunan ini kepada bahagian bersesuaian dengan acuan angkoo.
3. Rehatkan doh selama 1 jam.

Untuk inti
1. Rendam kacang hijau selama 1 malam. Toskan.
2. Stim sehingga lembut (35min-40min) dan kisar sehingga lembut
3. Goreng inti kacang tanpa minyal hingga berbau. Masukkan gula halus dan kacau sehingga sebati. Biarkan
    sekejap.

 - Masukkan inti kacang ke dalam doh yang telah dibahagikan bersesuaian dengan acuan angkoo dan
    bulatkan.
 - Kemudian, masukkan doh tersebut ke dalam acuan dan tekan kuat supaya coraknya jelas.
 - Keluarkan kuih dari acuan dan alaskan dengan daun pisang.
 - Kukus selama 10 minit. Siap.

Resepi ni aku campur aduk dari pelbagai sumber mengikut kesesuaian anak tekak aku. Tapi aku xpernah cuba pun lagi resepi ni. Ntah menjadi ke tidak aku pun tak tau. haha...Akan ku cuba jugak resepi ni suatu hari nanti. Bila kah 'suatu hati nanti' tu aku tak pasti. haha.. Apa-apa pun.. selamat mencuba (^-^)

Tuesday, January 22, 2013

Doddle tutorial


Zaman sekolah aku memang suka doodling… tapi bukan atas kertas ataupun drawing book. Aku suka doodling atas badan manusia dan kucing… haha…dalam kelas, sapa yang ddk sebelah aku tu akan jd ‘canvas’ aku. Diorg redha je… sayang kawan gitu looolll….tu cita zaman dahulu kala k cik Heidi… Sekarang zaman moden, xmain dah doodling old school cam ko tu… Eleh, ingat aku tak reti ke nak doodling secara moden…. Meh aku nak ajar korang cmne nak doodling cara moden ni…  (Ni 1st attempt ok, salah silap, maaf dipinta.. haha...Dan aku juga pasti ramai yang tau...huhu)

First of all, ualls kna ada software yang bertajuk ‘Paint Tools SAI’… Mana nak cari? Google je… Pastu download and install… Pas korang installed, bleh la kita mula doodling.


Step 1: G kat 'File' pastu tekan 'New'



 Step 3: Bila tekan 'New', akan keluar la pop ups yang seperti diatas... Terpulang korang nak letak berapa besar pun size untuk canvas korang...


Step 4: 'New Linework Layer' ni membolehkan korang melukis atas canvas....selagi korang tak tekan... selagi tu korang tak bleh melukis.

Step 5: Slalunye kalau nak doodling ni, aku akan guna curve... nanti bentuk lakaran aku comel2, gebu2 gitu... tapi terpulang kat individu. Ada yang suka guna pencil or straight lines.

Step 6: Korang bleh adjust line size kt cni... nak tebal or nipis

Step 7: Adjust warna line yang korang suka...

Step 8: Sekarang korang dah bleh mula doodling...yahooo


 Step 9: Bila dah siap doodling, mesti korang nak mewarna plak kan.. korang tekan kotak yang aku bulatkan kat step 9 tu 

Step 10: Pastu pilih bucket ataupun korang nak guna brush, air brush, and water colour pun bleh. (Jangan lupa adjust colour dan target kat all image)

Step 11: Bila dah selesai step 9 and step 10, tekan je bentuk love tu...maka siap la love tadi. 



Ni adalah hasil doodle aku yang pertama... haha... cam lukisan budak 5 tahun...

Selamat mencuba... (^-^)

Malas

Sem ni dan sem depan aku ambik cuti khas... sebab aku rasa dah penat masuk klas. Tapi tak bermaksud aku malas nak belajar. (Yup, aku tak malas nak study!!! x 1,000,000) Sebenarnya ada terselit sedikit rasa malas tu...sedikit ke? Hari2 bagun kul 12 tengahari, tdo petang sejam pastu malam kul 12 dah tdo. Betapa buang masanya aku time cuti ni... Rasa menyesal tu xpayah cakap la. Andai kata aku bleh putar balik masa akan ku guna masa yang aku buang tu dengan penuh faedah...Tambah plak sekarang ni aku tengah xberapa sihat. Demam, batuk, flu, muntah2 dan cirit birit menjadi peneman aku selama seminggu ni... Banyak masa di atas katil je. Asal cuti je 'mereka-mereka' itu lah akan menjadi peneman aku. Bila orang aktif cuti, mmg begini la jadinye. Makanya, kamu harus terus aktif wahai Heidi ooii.. jangan asyik nak makan tdo je kje time cuti.

'Npe tak cari kerja je kalau dah tau ambik cuti khas setahun'. Memang aku rancang nak cari kerja. Tapi tu cite sem depan. 'Nape?' Aku still ambik exam June ni... nak abiskan apa yang tertinggal. So, skrg kiranya aku masih study lagi... study sendiri. Study sendiri sangat2 la mencabar. Kadang-kadang tu aku lost in space...

'apa yang aku baca ni...'
'apa benda dia cuba nak sampaikan ni'
'npe bleh jadi cmtu'

Antara persoalan yang selalu bermain di minda aku kalau aku xpaham apa yang textbook cuba sampaikan. Bila dah tak paham tu, aku tinggalkan camtu je. Betapa tak bertanggungjawabnya aku!!! Apa nak jadi dengan aku ni... Umur dah tua, tapi perangai tak ubah2. Kalau aku kawin ni, maunye 2 3 orang dah anak. Ehhhh!!! apa yang aku merepek ni... adeh2.

Aku xnak la jadi manusia yang bertanggungjawab. So, apa yang aku buat??? Apa guna ada 'GOOGLE'... Semuanya ada kat citu. Tapi jangan la melencong google benda lain ataupun facebooking, twitting dan sewaktunya. Berikut adalah antara ACCA online tuition provider:


Sebenarnya banyak lagi...korang google la sendiri.. haha... aku selalu g kat open tuition je bab dia free... hehe...Ok, ini saja coretan untuk kali ni... Sekian...

Saturday, January 19, 2013

Cuti

Tak lama lagi, cuti Tahun Baru Cina akan tiba.... Aku dan cousin sekalian akan bercuti ke Terengganu. Sekarang tengah pening cari hotel sambil mengimbas kembali nama2 hotel yang ada kat K.Terengganu tu. Nama2 hotel tu bleh je nak google tapi masalahnya tempat tu kt mana..." Alllaaaa... ape susah... GPS kan ada..." masalahnya aku ni x reti guna GPS... sesat jgk akhirnya... GPS bknnye bleh caya sgt... menyesatkan lagi adalah... So, nak tak nak... aku t'pksa memerah otak aku utk ingt balik smua jalan2 kt K.Terengganu tu. Dlu, time degree (iaitu 4 tahun lepas) smua celah2 jalan aku tau... jalan kampung, jalan tikus, jalan ayam smuanya ada di otak ku... Ok, tu cherita 4 tahun lepas... xpayah nak belagak sangat la Heidi oooiii...

Okla, kta straight to the point... Kat sini ada beberapa senarai hotel dan resort ataupun di sini yang terdapat di Terengganu atau korang bleh pg ke Agoda dan sewaktu dengannya...Nanti lepas balik bercuti dari Terengganu aku akan update lagi.... ooo...ktaorg nk menginap kt mana nnt? Surprise....hehe... klau best aku buat review dan klau tak best pun aku akan bt review...