Tuesday, July 16, 2013

MLM Part 1

Apa itu MLM??? Kalau dalam bahasa scientific nya adalah Multi Level Marketing... Dan ramai yang xsuka cara MLM mengaut keuntungan. Dalam ramai-ramai tu aku adalah salah sorang daripadanya. Aku pernah secara tidak lansung ikut dieorang nye talk... 1st time masa aku study kat UMT, 2nd masa aku kerja kat Kuantan & 3rd semalam... Cara diaorang memperkenalkan MLM pun dah semakin up to date la ni... Dlu, melalui flies/sticker yang dilekat kat bus stop, tandas, tiang dll... Sekarang diaorang guna approaches lain plak. Menggunakan sifat ingin tahu kita sebagai umpan. 

Mula-mula hangpa bawa kita g makan2, lepak2, berkelah dan sebagainya... Mesti kita tertanya2, mana kawan aku ni dapat kawan-kawan yang datang daripada pelbagai bangsa, agama, budaya, warna dll... Kira cam kek lapis la... Iollss apa lagi seronok la dapat kawan ramai sekaligus... Nak2 yang handsome & ganteng gitu looo... Kita pun nak tahu bisnes apa yang hangpa buat yang bleh dapat kawan ramai2 ni... HAAA!!! Masa tu la hangpa pasang umpan... "Betul ko nak tau"??? Klau ko nak tahu... kita jumpa kat sini sekian2... Kiranya buat appointment la... Bila dah sampai tempat tu, hangpa akan tunjuk product yang hangpa jual... Kebanyakkan nya produk kesihatan... Uaolls bayangkan harga sebotol air mineral dekat RM150!!! Bill air aku setahun pun x sampai RM150... ni belum lagi cereal yang ala-ala nestum tu...dekat RM1,500 ualllsss!!! 

Lepas puas hangpa bagi tunjuk product yang exclusive tu, hangpa bawa kita plak kat main office dimana tempat diaorang brainwash kita... Mula-mula hangpa akan tunjuk kat kita orang yang besar dalam syarikat tu... orang yang dah berjaya & pengorbanan yang hangpa dah buat untuk masuk business MLM ni... Contohnya, sanggup melepaskan jawatan engineer, doctor, bank manager dll... Ada yang sanggup meninggalkan isteri/suami & anak2... Gila ka apa? Kalau mata duitan macam aku pun aku xakan tinggalkan family aku. 

Pastu, ada sorang kiranya cam consultant akan membentangkan camna cara hangpa beroperasi, product, cara pengiraan komisyen & orang2 yang dah berjaya...Ulang tayang gitu looo...time ni berapa kali aku menguap, biadap betul rasa... Bayangkan dekat 2 jam kot... Otak pun beku... Nasib baik aku ni seorang yang berbudi pekerti, kalau x memang aku dah chow lama dah... 

Tidak dinafikan ramai yang berjaya dalam business MLM ni. Kereta mewah 2 3 biji... nak BMW, Ferrari Mercedes...semua hangpa ada... Tapi setakat ni aku xpernah tengok diaorang tunjuk rumah plak... Tunjuk la banglo ke xpun paling kecik pun condominium... Pada aku, aku lebih tertarik kalau diaorang tunjuk rumah ataupun tanah... barulah berbaloi bayar beribu-raban untuk join MLM...Dasar mata duitan... haha 

Tapi tahukah korang, berapa yang ramai yang berjaya? 


Business MLM adalah berbentuk piramid dimana kita perlu mencari downline umtuk mendapat komisyen... lagi banyak & rajin downline kita, lagi banyak keuntungan yang kita akan dapat... Terang lagi bersuluh business MLM ni berbentuk piramid... sah lagi sahih la yang berjaya cuma beberapa kerat je dan yang berjaya tu adalah orang2 atasan yang memang lama dah kaya... Agaknya x terhabis 7 keturunan harta diaorang. Yang kita kat bawah ni bertungkus lumus & gigih mencari downline. Dah macam zaman Firaun plak dimana buruh2 dikerah untuk membina piramid...

Last but not least... Slogan yang selalu diaorang gunakan lebih kurang berbunyi "Think too much will create more problem rather than solving problem, so act fast or you will regret it". Slogan ini la yang akan membantutkan kepala otak kita untuk terus berfikir...kiranya cam kena pukau & setuju je apa yang diaorang suruh buat. Cam aku siap sign borang bagai...kenapa la otak aku ni begitu mudah terpengaruh... OMG!!! Ini duit punya pasal mata, hati & otak jadi buta. Keputusan di tangan anda, buat la pilihan yang terbaik untuk diri anda... 

To my friend, walaupun aku ni mata duitan aku memang x tertarik dengan business MLM ni... Sorry bangat bab menghabiskan masa & aik liuq untuk menyakinkan aku. 








No comments:

Post a Comment