Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Teringin Part 1

Kuih Angkoo


Kuih Onde-onde

Aku teringin sangat makan kuih onde-onde dan kuih angkoo... Satu Shah Alam aku pusing cari kuih ni tapi tak jumpa. Memang lah tak jumpa bab kedai tutup sempena Hari Maulidur Rasul. G pasar malam semalam pun jumpa. Oleh kerana anak tekak aku ni mengidam sangat nak makan... aku pun tekad nak buat sendiri. Caya la Heidi nak buat kuih. Kalau apa2 yang ada hubung kait dengan tepung ni aku memang tak berapa nak suka. Apatah lagi baking dan aku tak pernah buat kek selama aku hidup di muka bumi yang indah ini. haha... Sebagai kakak, aku selalu mengunakan kuasa vektor ku untuk mengerah adik-adikku membuat kek on my behalf bila my mum suruh aku buat. 

Haaa.. lupa nak bagitau.. aku nak buat kuih onde-onde je. Heheh... kuih yang paling senang di dunia. Cara membuat kuih angkoo sangatlah complicated (bagi aku yang tak suka buat kuih + sifat pemalas). Tambahan plak kuih ni susah didapati di Shah Alam. Tapi korang bleh g Teingin part 2 untuk mendapatkan resepi kuih angkoo. 

Ok, meh la kita start buat kuih onde-onde. Ooohhh!!! Onde-onde yang aku nak buat ni berintikan kelapa. Korang bleh variasikan dengan inti keledek, gula melaka, sambal dll. Lebih inti kelapa tu aku akan buat kuih ketayap plak. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Untuk inti
250gm gula merah/ gula melaka
Kelapa parut (setengah biji kelapa)

Untuk doh
250gm tepung pulut perisa daun pandan
Perisa daun pandan
Pewarna hijau 
Kelapa parut (digaul dengan 1/2 sudu kecil garam)

Cara-cara:

Untuk inti
1. Goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan
2. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong-potong
3. Kacau sehingga gula benar-benar cair dan gaul sebati
4. Padamkan api. Inti sedia untuk digunakan

Doh
Untuk doh
1. Bancuh tepung pulut dengan air yang telah dicampur dengan perisa daun pandan dan pewarna hijau
2. Uli menjadi doh - rehatkan selama 1 jam
Doh yang telah siap diuli
- Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan tekankan sedikit di bahagian tengah
- Masukkan inti dan bulatkan kembali. Lakukan sehingga adunan habus
- Jerang air dalam periuk sehingga mendidih, masukkan bebola
Timbul sudah
- Angkat bila ia timbul. Ini menunjukkan onde-onde tadi sudah masak

Hodohnye grupanya
- Angkat dan toskan.


- Gaul dengan kelapa parut

Siap dimakan!!! Aku nye tak sempat nak ambik gambar. Masuk perut dah baru teringat nak ambik gambar. Tapi semua tu dah terlambat. Haha


Banyak kesilapan yang aku lakukan ketika membuat kuih onde-onde ni antaranya adalah: 

- Aku habiskan 1 paket tepung pulut (500gm) dengan confident dan pasti doh aku akan menjadi (rasa diri ni 
  (pro). Alih-alih, doh aku lecak. Terpaksa aku turun dari rumah aku yang berada di tingkat 4 ke Speedmart 
  untuk membeli sepaket lagi tepung pulut. Exercise sebentar. Hehe


- Sepatutnya pewarna dan perisa pandan dicampur dengan air terlebih dahulu sebelum menguli doh supaya 
  pewarna hijau sebati dengan tepung. Aku nye doh bertompok-tompok dengan warna hijau. Jenuh tangan ni 
  menguli supaya warna hijau tu serata. Exercise untuk kali ke-2.

Hancur!!!
- Masa aku buat kuih ni, aku baru lepas makan malam. Perut pun dah kenyang dan tak teringin nak makan                            
  kuih. So, lepas uli doh dan masukkan inti...aku letak lah bebola dalam peti sejuk. Esoknye bila aku pegang 
  bebola tu, bebola tu terus pecah... maka hancur punah bebola yang comel lote tu. 

Ni 1 attempt aku, banyak lagi yang aku pelajari and I love to learn from mistakes. Tulah, tadi kata kuih paling senang di dunia...sekarang ko baru tau senang ke tak. The moral of story: Jangan belagak... haha

Teringin Part 2

Bagi aku kuih Angkoo ni sangat la complicated. Maybe aku xpernah cuba kot. Lagipun banyak process yang perlu dilakukan untuk melakukan kuih Angkoo ni...nak kena stim, rebus dan goreng. Nak membuatnye punye la payah, tapi sekali aku telan je dah abis sebiji.

Tak perlu la kita memanjangkan cerita, moh la kita mula membuat kuih kura-kura ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Untuk doh
 300gm tepung pulut
150gm keledek rebus-dilecek
1 sudu besar gula halus
1 sudu minyak masak
Sedikit pewarna merah
air untuk membuat doh

Untuk inti
300gm kacang hijau
125gm gula halus
3 sudu minyak masak

Cara-cara:

Untuk doh
1. Satukan tepung pulut, gula halus dan sedikit air dalam mangkuk adunan. Masukkan keledek, minyak dan        
    pewarna.
2. Gaulkan sebati dan bahagikan adunan ini kepada bahagian bersesuaian dengan acuan angkoo.
3. Rehatkan doh selama 1 jam.

Untuk inti
1. Rendam kacang hijau selama 1 malam. Toskan.
2. Stim sehingga lembut (35min-40min) dan kisar sehingga lembut
3. Goreng inti kacang tanpa minyal hingga berbau. Masukkan gula halus dan kacau sehingga sebati. Biarkan
    sekejap.

 - Masukkan inti kacang ke dalam doh yang telah dibahagikan bersesuaian dengan acuan angkoo dan
    bulatkan.
 - Kemudian, masukkan doh tersebut ke dalam acuan dan tekan kuat supaya coraknya jelas.
 - Keluarkan kuih dari acuan dan alaskan dengan daun pisang.
 - Kukus selama 10 minit. Siap.

Resepi ni aku campur aduk dari pelbagai sumber mengikut kesesuaian anak tekak aku. Tapi aku xpernah cuba pun lagi resepi ni. Ntah menjadi ke tidak aku pun tak tau. haha...Akan ku cuba jugak resepi ni suatu hari nanti. Bila kah 'suatu hati nanti' tu aku tak pasti. haha.. Apa-apa pun.. selamat mencuba (^-^)