Bagi aku kuih Angkoo ni sangat la complicated. Maybe aku xpernah cuba kot. Lagipun banyak process yang perlu dilakukan untuk melakukan kuih Angkoo ni...nak kena stim, rebus dan goreng. Nak membuatnye punye la payah, tapi sekali aku telan je dah abis sebiji.
Tak perlu la kita memanjangkan cerita, moh la kita mula membuat kuih kura-kura ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Untuk doh
300gm tepung pulut
150gm keledek rebus-dilecek
1 sudu besar gula halus
1 sudu minyak masak
Sedikit pewarna merah
air untuk membuat doh
Untuk inti
300gm kacang hijau
125gm gula halus
3 sudu minyak masak
Cara-cara:
Untuk doh
1. Satukan tepung pulut, gula halus dan sedikit air dalam mangkuk adunan. Masukkan keledek, minyak dan
pewarna.
2. Gaulkan sebati dan bahagikan adunan ini kepada bahagian bersesuaian dengan acuan angkoo.
3. Rehatkan doh selama 1 jam.
Untuk inti
1. Rendam kacang hijau selama 1 malam. Toskan.
2. Stim sehingga lembut (35min-40min) dan kisar sehingga lembut
3. Goreng inti kacang tanpa minyal hingga berbau. Masukkan gula halus dan kacau sehingga sebati. Biarkan
sekejap.
- Masukkan inti kacang ke dalam doh yang telah dibahagikan bersesuaian dengan acuan angkoo dan
bulatkan.
- Kemudian, masukkan doh tersebut ke dalam acuan dan tekan kuat supaya coraknya jelas.
- Keluarkan kuih dari acuan dan alaskan dengan daun pisang.
- Kukus selama 10 minit. Siap.
Resepi ni aku campur aduk dari pelbagai sumber mengikut kesesuaian anak tekak aku. Tapi aku xpernah cuba pun lagi resepi ni. Ntah menjadi ke tidak aku pun tak tau. haha...Akan ku cuba jugak resepi ni suatu hari nanti. Bila kah 'suatu hati nanti' tu aku tak pasti. haha.. Apa-apa pun.. selamat mencuba (^-^)
No comments:
Post a Comment