Thursday, July 25, 2013

MLM Part 2

Aku ingatkan aku nak cherita pasal MLM dalam 1 entry je... Nampaknya berlarutan ke part 2 plak...

Begini al-kisahnya... Aku ni dengan sopan santun nya menolak perlawaan my friend untuk join business MLM... And dia cakap, it's OK... Aku paham katanya. So, dengan baik hatinya aku jemput la my friend ni datang rumah makan2 sebagai tanda minta maaf... 

So, my friend pun datang la rumah untuk makan2... Dia bawa sorang lagi kawan dia yang sama join business MLM ni... Aku ok je bab aku anggap diaorang datang setakat untuk makan2 je... Rupa-rupanya ada lagi cerita pasal business MLM ni... Time tu aku nak anta diaorang balik...dah dekat depan pintu nih...So, berdiri la kitaorang bertiga depan pintu tu hampir dekat sejam jugaklah... Nak ajak diaorang duduk xdok kerusi @ sofa memandangkan rumah aku still under renovation... (Rumah tungang langgang macam tongkang pecah pun ada hati nak jemput orang g rumah makan...haha)... Ada jugak la diaorang tunjuk tanda2 lenguh kaki tapi aku buat bodo...kot2 la diaorang nak balik terus kan... tapi TAK jugak... 

Kali ini my friend bawa otai untuk consult aku... Dia cakap dulu dia pun pernah fobia dengan business MLM bab macam2 jenis MLM dah dia masuk... Tapi MLM yang dia masuk ni lain daripada yang lain. Semangat berpasukan sangat kuat. Memang aku akui semangat kesukanan diaorang sangat2 KUAT... Xbleh dinafikan...tapi xtau lepas kita masuk kan... 

Pastu dia bukalah lembaran hidup dia (betul ke ayat aku ni??? Whatever la)... Dulu dia hidup susah, duit selalu xcukup, selalu balik lambat bab OT, selalu xda masa untuk parent & anak dia...Logikla tu... aku rasa semua orang pun macam tu sekarang. X kira kaya ataupun miskin. Yang paling dia ralat adalah xda masa untuk spend kat family... Kononnya dengan join MLM ni aku akan lebih banyak masa untuk family & kawan2... 

Tapi yang aku pelik... dia sanggup habiskan masa lepas kerja dia g center (main office), lepak2 kuar makan untuk memancing mangsa yang lain...Tanya aku sanggup x balik kul 9pm tiap hari daripada bazirkan masa kat rumah. Pastu complain dah 2 minggu xjumpa anak dia... Xke sama dengan kehidupan dia yang lama dulu??? Cuma bezanya ada duit lebih sikit je...

Lepas dia cherita pasal life dia sebelum ni... dia cherita plak pasal life orang lain. Ada yang pegawai kerajaan, polis dll sanggup berhenti untuk join MLM... Like seriously??? Kebanyakan nya TIPU! Ooohh.. benda ni dah biasa didengari bagi sesiapa yang pernah dengar talk hangpa... Kisah ini berlarutan hampir 20min... Aku xdengar dah apa yang dia cakap. Bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri... ~~~Fikiran ku melayang~~~

Selesai menceritakan 'kejayaan' orang lain... dia pun ajak g talk diaorang... Kena bayar RM130 plak tu. Kalau free bleh je aku ikt... Dia cakap buat la demi my friend, hargai penat lelah dia. My friend angguk2 je... Kesian plak aku kat dia. Bukan sebab dia buang masa untuk aku tapi disebabkan upline dia put pressure on her suruh aku masuk gak. Maybe aku dah tau product & center diaorang kat mana... So, company confidentiality agak terdedah di situ... Nasib baik aku xletak nama product & co korang kat cni tau (budget ada org nak baca blog aku ni... haha). Aku angguk & bagi tunjuk gigi je kat dia... cakap banyak pun xguna... Gerenti & pasti aku kalah... Bak kata org puteh 'Silent doesn't means YES.

Lepas diaorang balik, aku membuat keputusan 'putus kawan' dengan my friend untuk sementara waktu (ini tak bermaksud aku buang kawan k)... Bagi dia tau bahawasanya aku xnak join MLM... Hampir seminggu berlalu & my friend still send greeting msg to me & get no reply from me... Sorry my friend. I have too but it doesn't means I hate you...



Money can't buy happiness but why people happy to have it?

No comments:

Post a Comment